AL-WAHID=ESA
Allah itu yang maha berkuasa .
Al-WahidErti “اَلْوَاحِدُ
” ialah Esa dengan makna tidak ada sekutu bagiNya pada ketuhanan dan tidak ada
selainNya yang berhak disembah.
Firman Allah Ta'ala:
وَإِلَهُكُمْ
إِلَهٌ وَاحِدٌ " "
Maksudnya : “ Dan Tuhanmu yang Maha Esa ”. (Surah
Al-baqarah: Ayat 163)
1. Allah SWT
bersifat Al Wahid yang bermaksud Maha Esa.
2. Maha Esa Allah SWT meliputi pada zat, sifat dan perbuatan
(af'al).
3. Maha Esa Allah SWT pada zat bermaksud Allah SWT
memerintah dan mentadbir alam ini secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa.
4. Maha Esa Allah SWT pada sifat bermaksud Allah SWT
bersifat dengan sifat- sifat kesempurnaan yang berbeza dengan sifat makhluk
yang bersifat lemah.
5. Maha Esa Allah SWT pada perbuatan pula bermaksud
perbuatan Allah SWT tidak menyerupai perbuatan makhluk.
6. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid pada akidah:
(a) bebas daripada amalan syirik dan khurafat;
(b) reda dengan ketentuan Allah SWT;
(c) yakin dengan pembalasan Allah SWT di akhirat.
7. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap ibadat:
(a) melakukan perintah Allah SWT dengan ikhlas;
(b) melakukan pekerjaan hanya untuk mendapat keredaan Allah
SWT.
8. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap akhlak:
(a) sentiasa berdisiplin dalam kehidupan;
(b) sentiasa menghormati keluarga dan masyarakat.
9. Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Al Wahid:
(a) melakukan sesuatu ibadat bukan kerana Allah SWT;
(b) melakukan perkara syirik kepada Allah SWT;
(c) melaksanakan undang-undang dan peraturan yang
bertentangan dengan syariat Allah SWT.
Kesan beriman kepada Allah yang bersifat Al-Wahid
Dari segi Aqidah:
(A) Bersih daripada
perbuatan syirik dan khurafat.
(B) Redha menerima
ketentuan Allah.
(C) Yakin dgn
pembalasan syurga dan neraka.
Dari segi Ibadah:
(A) Mengerjakan ibadah
dengan ikhlas tanpa riak.
(B) Melakukan
pekerjaan untuk mendapat keredaan Allah.
(C) Berkasih sayang
sesama insan tanpa ada kepentingan.
Dari segi Akhlak:
(A) Ikhlas dalam
setiap pekerjaan kerana Allah.
(B) Mendisiplinkan
diri dalam kehidupan.
(C) Menghormati ibu
bapa, guru dan anggota masyarakat.
Ciri-ciri amalan yang berlawan dengan sifat Al-Wahid
(A) Melakukan ibadah
bukan kerana Allah.
(B) Melakukan perkara
syirik seperti menyembah berhala, bertenung nasib dan memuja syaitan.
(C) Menjalankan
undang-undang dan peraturan yang bercanggah dengan syariat Allah
Penghayatan
(A) Amalkan selalu
membaca surah Al-Ikhlas
(B) Mengekalkan
hubungan baik sesama manusia.
(C) Sentiasa berubah
melaksanakan perintah Allah.
(D) Yakin dan
mengakui bahawa Allah bersifat Al-Wahid.
(E) Selalu memikirkan
kejadian alam semesta untuk meningkatkan keimanan terhadap keesaan Allah.
No comments:
Post a Comment