Friday, 26 July 2013

AL-WAHID=ESA


                                   


 


Allah itu yang maha berkuasa .
Al-WahidErti “اَلْوَاحِدُ ” ialah Esa dengan makna tidak ada sekutu bagiNya pada ketuhanan dan tidak ada selainNya yang berhak disembah.
Firman Allah Ta'ala:
وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ " "
Maksudnya : “ Dan Tuhanmu yang Maha Esa ”. (Surah Al-baqarah: Ayat 163)

   1. Allah SWT bersifat Al Wahid yang bermaksud Maha Esa.
2. Maha Esa Allah SWT meliputi pada zat, sifat dan perbuatan (af'al).
3. Maha Esa Allah SWT pada zat bermaksud Allah SWT memerintah dan mentadbir alam ini secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa.
4. Maha Esa Allah SWT pada sifat bermaksud Allah SWT bersifat dengan sifat- sifat kesempurnaan yang berbeza dengan sifat makhluk yang bersifat lemah.
5. Maha Esa Allah SWT pada perbuatan pula bermaksud perbuatan Allah SWT tidak menyerupai perbuatan makhluk.
6. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid pada akidah:
(a) bebas daripada amalan syirik dan khurafat;
(b) reda dengan ketentuan Allah SWT;
(c) yakin dengan pembalasan Allah SWT di akhirat.
7. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap ibadat:
(a) melakukan perintah Allah SWT dengan ikhlas;
(b) melakukan pekerjaan hanya untuk mendapat keredaan Allah SWT.
8. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap akhlak:
(a) sentiasa berdisiplin dalam kehidupan;
(b) sentiasa menghormati keluarga dan masyarakat.
9. Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Al Wahid:
(a) melakukan sesuatu ibadat bukan kerana Allah SWT;
(b) melakukan perkara syirik kepada Allah SWT;
(c) melaksanakan undang-undang dan peraturan yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.





Kesan beriman kepada Allah yang bersifat Al-Wahid

Dari segi Aqidah:           
(A)  Bersih daripada perbuatan syirik dan khurafat.
(B)  Redha menerima ketentuan Allah.
(C)  Yakin dgn pembalasan syurga dan neraka.

Dari segi Ibadah:
(A)  Mengerjakan ibadah dengan ikhlas tanpa riak.
(B)  Melakukan pekerjaan untuk mendapat keredaan Allah.
(C)  Berkasih sayang sesama insan tanpa ada kepentingan.

Dari segi Akhlak:
(A)  Ikhlas dalam setiap pekerjaan kerana Allah.
(B)  Mendisiplinkan diri dalam kehidupan.
(C)  Menghormati ibu bapa, guru dan anggota masyarakat.


Ciri-ciri amalan yang berlawan dengan sifat Al-Wahid
(A)  Melakukan ibadah bukan kerana Allah.
(B)  Melakukan perkara syirik seperti menyembah berhala, bertenung nasib dan memuja syaitan.
(C)  Menjalankan undang-undang dan peraturan yang bercanggah dengan syariat Allah


Penghayatan
(A)  Amalkan selalu membaca surah Al-Ikhlas
(B)  Mengekalkan hubungan baik sesama manusia.
(C)  Sentiasa berubah melaksanakan perintah Allah.
(D)  Yakin dan mengakui bahawa Allah bersifat Al-Wahid.
(E)  Selalu memikirkan kejadian alam semesta untuk meningkatkan keimanan terhadap keesaan  Allah.